Jumaat, 21 Ogos 2009

Kreativiti Dalam Konteks Seni Visual

Pandangan Tokoh-Tokoh Seni Visual mengenai Kreativiti;

1. E. Paul Torrance (Tersohor dalam bidang/kajian kreativiti)Beliau mencadangkan Ujian IQ bukanlah satu-satunya cara mengukur daya intelektual seseorang. Beliau memperkenalkan instrumen untuk menguji tahap kreativiti sesseorang menggunakan “Torrence Test of Creative Thinking”.

2. June King McFee, mentakrifkan kreativiti sebagai keupayaan seseorang mencipta sesuatu yang baru/mampu mengolah idea baru/lain yang lebih bermakna. Seni tidak terhad kepada hasil karya seni sahaja tetapi juga melibatkan pengalaman estetika.Seni ialah satu bentuk komunikasi yang dipengaruhi oleh konteks budaya.

TAHAP PERKEMBANGAN KREATIVITI

Perkembangan Kreativiti Fisher (1943)5 Tahap dalam Pemikiran Kreatif;
1. Peringkat Rangsangan – beri soalan kritikal/boleh mendorong perasaan ingin tahu
2. Peringkat Penerokaan – pelajar cuba mencari jawapan terhadap soalan yang telah diberikan / pelajar kreatif akan cuba pelbagai cara, gaya, teknik.
3. Peringkat Perancangan – melalui perancangan secara verbal & visual
4. Peringkat aktiviti – lakukan tindakan berdasarkan persoalan ‘ bagaimana harus kita mengambil tindakan ke atas cadangan tersebut
5. Kajian Semula – membuat penilaian/refleksi terhadap keberkesanan tindakkan yang telah dijalankan - untuk tujuan penambahbaikan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan