Jumaat, 4 September 2009

Weldy David. The Rugby Player. Poster Colour (2009) size A3.

Warna Poster
Sejenis hasil karya catan yang dihasilkan secara manual iaitu pengunaan warna poster. Warna poster hampir menyamai warna air tetapi warna poster lebih mengutamakan warna yang terang dan boleh dilapis dengan warna putih. Karya Poster juga boleh dihasilkan menggunakan teknologi perkomputeran seperti Adobe Photoshop dan Illustrator. Biasanya poster digunakan dalam industri pengiklanan, promosi dan lukisan poster bagi menyampaikan idea, hasrat, idealisme dan cuba untuk menarik perhatian orang ramai. Elemen-elemen seni diterapkan terutama penegasan, kepelbagaian dan kontra.
Elemen-elemen ini sangat penting bagi mewujudkan kesan yang bercanggah bagi mewujukan satu daya tarikan poster tersebut. Antara ciri-ciri poster ialah pengunaan garisan yang bertentangan arah, jalinan yang berlainan nilai kromanya serta rupa yang berlainan jenis atau bentuk yang berlainan saiz.