Jumaat, 28 Ogos 2009

Catan dan adik-beradiknya..

Kalau anda nak tahu, catan termasuk dalam bidang seni halus kerana mereka dianggap adik-beradik dengan lukisan, arca dan cetakan. Contohnya, anda perlu menghasilkan lukisan sebelum memulakan catan. Kesemua mereka adalah di bawah bidang Pengkaryaan. Pengkaryaan adalah skop bidang yang lebih kepada manual di mana anda lebih banyak kecekapan fizikal dan menggunakan kemahiran/skill menggunakan kreativiti (kognitif). Maksud saya fizikal anda akan bekerja lebih dibandingkan minda yang hanya perlu berimaginasi terhadap sesuatu objek menggunakan visual imitasi anda..semakin rajin anda melatih imitasi maka lukisan anda akan lebih luar biasa suatu hari nanti tanpa meniru mana-mana objek pun..jadi rajin-rajinlah melukis..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan