Sejenis hasil karya catan yang dihasilkan secara manual iaitu pengunaan warna poster. Warna poster hampir menyamai warna air tetapi warna poster lebih mengutamakan warna yang terang dan boleh dilapis dengan warna putih. Karya Poster juga boleh dihasilkan menggunakan teknologi perkomputeran seperti Adobe Photoshop dan Illustrator.
Elemen-elemen ini sangat penting bagi mewujudkan kesan yang bercanggah bagi mewujukan satu daya tarikan poster tersebut. Antara ciri-ciri poster ialah pengunaan garisan yang bertentangan arah, jalinan yang berlainan nilai kromanya serta rupa yang berlainan jenis atau bentuk yang berlainan saiz.